Baiklah, fyi, perisian ini sangat berguna bagi guru-guru yang dalam proses membuat soalan peperiksaan yang mana soalan-soalan yang dibina diambil dari buku kerja, latihan dsb. Guru akan mengalami masalah jika soalan yang ingin diambil mempunyai GAMBAR. Untuk mengatasinya, guru akan plug-in printer atau scanner dan cucuk pada laptop dan edit di paint dan macam-macam cara lagi. Susah dan banyak kena buat kan?
Untuk tujuan itu, ingin saya kongsikan pada guru-guru perisian CamScanner ini yang mana bertujuan untuk meng-scan gambar hanya menggunakan telefon mudah alih!
Berikut merupakan langkah-langkah MUDAH untuk menggunakan CamScanner ini.
STEP 1: DOWNLOAD APLIKASI CAMSCANNER
Bagi pengguna android, anda boleh ke Google Play dan cari CamScanner atau terus kepada link yang saya berikan ini iaitu [CamScanner for Android]
Bagi pengguna iOS atau lebih mudah, pengguna iPhone/iPad, anda boleh ke Apps Store dan juga cari CamScanner atau terus kepada link yang saya berikan ini iaitu [CamScanner for iOS].
Selesai dowload anda akan mempunyai aplikasi seperti ini di Main Menu telefon pintar anda seperti yang dibulatkan di bawah.
p/s: ini adalah contoh paparan main menu pada iphone saya dan abaikan game2 yang banyak2 tu sbb ianya berguna bila saya stress. hehe
STEP 2: IMBAS/ SCAN
Selepas itu, buka aplikasi CamScanner tersebut dan anda dah boleh mula imbas buku yang ingin anda (cikgu-cikgu) guna untuk membuat soalan.
**snap jer macam cikgu ambil gambar menggunakan kamera. Kalau ada autofocus, adalah lebih baik cikgu fokus pada gambar yang cikgu nak tu untuk mendapatkan hasil yang optimum katanya. hehe
STEP 3: CROP PICTURES
Setelah gambar yang cikgu nak telah dipilih, cikgu boleh crop (no 2) gambar yang cikgu inginkan seperti di bawah.
**lepas dah yakin dengan gambar yang diingini, tekan tanda betul (no 3). kalau cikgu masih ingin mengubah dimensi (saiz) gambar berkenaan, hanya tekan butang back.
STEP 4: ADJUST KECERAHAN GAMBAR
Setelah selesai crop, cikgu akan dibawa ke ruangan untuk membaiki pengcahayaan gambar tersebut. Seperti yang telah saya terangkan pada awal tadi, aplikasi ini amat mudah, jadi cikgu rasanya tak perlu adjust pun sbb gambar tersebut akan secara automatik akan dicantikkan. (4) (melainkan cikgu adalah seorang yang sangat cerewet hehe)
**kalau dah rasa cantik tekan terus butang betul (5). SIAP!
STEP 5: SAVE/SHARE/UPLOAD/EMAIL DSB
Gambar yang anda ingini tu dah pun siap dan cikgu diberi option samada nak Save, Upload, Email gambar tu.
Kalau saya, saya recommend cikgu untuk Save ke dalama Gallery dan sambungkan ke laptop atau pc cikgu melalui sambungan USB. Itu lagi mudah. Tapi untuk pengguna iPhone seperti saya, cara paling mudah adalah dengan email saja ( sbb strict safety precautions by iphone in connecting phone to pc).
Mudah bukan?? Saya berharap rakan, kakak dan abang guru dipermudahkan dengan aplikasi seperti ini. Jangan risau, kalau cikgu masih bermasalah dengan penggunaannya, cikgu boleh godek2 sendiri aplikasi ini sbb ianya sangat userfriendly.
Teruskan share pada rakan-rakan lain ye. Tq. Sharing is Caring.